Mesyuarat Agung Ke 27 IPS Menjawab Segala Persoalan
Oleh: M I Fitri Kota Kinabalu 24 Mac 2017. - Ikatan Penulis Sabah telah mengadakan Mesyuarat Agung kali Ke 27 di Sudut Penulis DBP Cawangan Sabah. Agenda mesyuarat tidak lain berkisar tentang pemilihan AJK baru bagi sesi 2017/2019. Hasyuda Abadi, Ketua 1 IPS dalam ucapan dasar beliau menyatakan tentang kepentingan ahli dalam membitarakan sastera khususnya di negeri Sabah ini. Beliau sekali lagi menekankan betapa pentingnya ahli memahami tentang peranan masing-masing dalam persatuan. Seterusnya mengakhiri ucapan dengan pembubaran ahli jawatankuasa. Terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa Ketua 1 IPS akan mengundurkan diri kini terjawab. Sekali lagi bagi penggal 2017/2019 Hasyuda Abadi bersama Dr. Mohammad Pu'ad Bebit (atau nama penanya Sifuart) selaku Ketua 2 menggalas tanggungjawab memimpin persatuan ini. Kehadiran Ahli Kehormat IPS Muhammad Haji Salleh bersama isterinya menceriakan lagi suasana. Beliau merupakan seniman yang bukan asing lagi di Negeri Bawah...

Comments
Post a Comment