Profil

IKATAN PENULIS SABAH (IPS)
No. Pendaftaran: 21/92

PENGENALAN

GERAKAN sastera bermula di Sabah sebaik saja ANGKATAN GAYA BARU (AGABA) yang ditubuhkan pada tahun 1957. Kemudian Angkatan Persuratan Melayu Sabah (APMS) pula lahir pada tahun 1960-an ekoran daripada kegagalan Angkatan Gaya Baru (AGABA) meningkatkan secara berkesan menangani sastera di negeri Sabah. Tetapi APMS juga terpaksa bersaing dengan PERPESA sehingga lahir dua badan penulis yang amat disegani iaitu Badan Bahasa Sabah (BAHASA) dan Gabungan Penulis Sedar (GAPURA).

PENUBUHAN IPS

MENJELANG tahun 1990-an terdapat beberapa persatuan penulis lahir aktif khususnya di Kota Kinabalu. Persatuan-persatuan ini telah menyumbang dan membantu menyemarakkan aktiviti kesusasteraan di negeri Sabah. Salah satu persatuan yang dimaksudkan ialah Ikatan Penulis Sabah atau IPS. Idea penubuhan persatuan ini diutarakan oleh 3 orang penulis muda yang amat giat membicarakan mengenai perlunya sebuah persatuan yang akan membantu melahirkan dan membentuk keterampilan penulis-penulis muda ketika itu.

Jasni Matlani, Aliuddin Mohd Salleh dan Abd Naddin Haji Shaiddin mula membincangkan idea mereka ini pada Februari 1990 dan sebulan kemudian iaitu pada 24 Mac 1990 lahirlah IPS di Sudut Penulis Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBPCS) apabila diadakan mesyuarat jawatankuasa penaja yang dihadiri oleh kira-kira 23 orang peminat dan penggiat sastera yang aktif di Kota Kinabalu. IPS kemudiannya diiktiraf sebagai pertubuhan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan pada 24 Mac 1992. Nombor pendaftaran IPS ialah 21/92.

MATLAMAT IPS

(Fasal (2)Peraturan dan Undang-undang IPS)

& MENDAULATKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN

& MENINGKATKAN MUTU SASTERA BERBAHASA MELAYU DI SABAH SEBAGAI TERAS BAHASA KEBANGSAAN

& MENGGALAKKAN PENGHASILAN KARYA SASTERA BERUNSUR PEMBANGUNAN INSAN

& MENERBITKAN KARYA-KARYA AHLI

& MENGANJURKAN BENGKEL, DISKUSI, SEMINAR DAN SEBAGAINYA

& MENGANJURKAN SAYEMBARA SASTERA DENGAN KERJASAMA PIHAK-PIHAK TERTENTU

& MEMPERKENALKAN SASTERA SABAH DI PERINGKAT KEBANGSAAN DAN SERANTAU

& MELAHIRKAN BAKAT PENULIS SASTERA KEBANGSAAN YANG BERMUTU MELALUI BENGKEL PENULISAN

& MENJAGA KEBAJIKAN AHLI-AHLI DAN PENULIS KHUSUSNYA DI SEGI MASALAH PENULISAN

Comments

Popular posts from this blog

INTIPATI UCAPAN KETUA SATU SEMPENA MESYUARAT AGUNG IPS KE-27

Mesyuarat Agung Ke 27 IPS Menjawab Segala Persoalan

Pameran Solo & Seminar Etos Kesenian Visual