Mesyuarat Agung Ke 27 IPS Menjawab Segala Persoalan

Oleh: M I Fitri

Kota Kinabalu 24 Mac 2017. -  Ikatan Penulis Sabah telah mengadakan Mesyuarat Agung kali Ke 27 di Sudut Penulis DBP Cawangan Sabah. Agenda mesyuarat tidak lain berkisar tentang pemilihan AJK baru bagi sesi 2017/2019.

Hasyuda Abadi, Ketua 1 IPS dalam ucapan dasar beliau menyatakan tentang kepentingan ahli dalam membitarakan sastera khususnya di negeri Sabah ini. Beliau sekali lagi menekankan betapa pentingnya ahli memahami tentang peranan masing-masing dalam persatuan. Seterusnya mengakhiri ucapan dengan pembubaran ahli jawatankuasa.

Terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa Ketua 1 IPS akan mengundurkan diri kini terjawab. Sekali lagi bagi penggal 2017/2019 Hasyuda Abadi bersama Dr. Mohammad Pu'ad Bebit (atau nama penanya Sifuart) selaku Ketua 2 menggalas tanggungjawab memimpin persatuan ini.


Kehadiran Ahli Kehormat IPS Muhammad Haji Salleh bersama isterinya menceriakan lagi suasana. Beliau merupakan seniman yang bukan asing lagi di Negeri Bawah Bayu. Berita terbaru beliau akan menerbitkan buku terbaru beliau yang dinantikan ramai dalam masa terdekat.

Majlis yang dijadualkan bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari berjalan dengan lancar.




Comments

Popular posts from this blog

INTIPATI UCAPAN KETUA SATU SEMPENA MESYUARAT AGUNG IPS KE-27

Pameran Solo & Seminar Etos Kesenian Visual