INTIPATI UCAPAN KETUA SATU SEMPENA MESYUARAT AGUNG IPS KE-27


  • Kekalkan sikap sedia ada melalui semangat kesetiaan, keseiaan hati, jiwa dan tindakan, dan paling penting kesederhanaan dalam persatuan.
  • Motto 'Wastiyyah Kesejagatan Sastera' menjadi landasan kebersamaan melalui semangat kekeluargaan dan persahabatan.
  • Persatuan bukan untuk meraih faedah persaingan apatah lagi keuntungan bersifat material.
  • Segala keputusan menjadi agenda setiap ahli di dalam persatuan.
  • Agenda utama persatuan ialah bagaimana merekayasa sebagai kesinambungan pengisian sebelum masuk ke gerbang terakhir wawasan 2020. IPS harus mempunyai produk, disiplin dan sikapnya sendiri.
  • Seluruh anggota persatuan harus jelas peranannya sebagai ahli dan sebagai ahli jawatankuasa sekiranya memegang sebarang jawatan dalam pertubuhan. 
  • Bersama merevolusikan dunia persuratan agar sastera terus dihormati dan dihargai oleh masyarakat.
  • Sesuai dengan gagasan negara TN50, setiap anggota persatuan wajar menggunakan wahana ini menyampaikan pemikiran untuk direalisasikan pada era tersebut.
  • Menetapkan bitara dalam persatuan sebagai tanda aras dan juga hala tuju mencapai sesuatu matlamat.
  • Seluruh anggota persatuan berperanan mencari jalan terbaik bagaimana mengukuhkan kewangan dalam persatuan.
  • Aktiviti-aktiviti persatuan perlu dimantapkan dari segi kualiti penganjuran. Ketua Satu mencadangkan program Santai Minda kali ini diisi dengan penampilan para pengarang novel popular, apresiasi kearifan tempatan dan juga membicarakan seni tari Sabah. Karya seperti novel-novel terpilih, karya-karya ahli dalam bentuk buku dan eceran juga wajar dibicarakan dengan melibatkan para sarjana atau para siswa-siswi di UMS.
  • Memperkasa bidang penerbitan terutama penerbitan majalah Buletin Komposisi yang harus diteruskan biarpun dalam skala yang kecil.
  • Kepimpinan persatuan diharap dapat merancang gerakan aktiviti persatuan dengan lebih dinamik dan teratur.
  • Justeru, kepada ahli-ahli yang jauh dan dekat, ada yang tidak pernah berjumpa secara bersemuka, dialu-alukan terutama yang baharu menyertai IPS, bersama-sama berganding bahu, menggenggam jemari, dan membulat tekad untuk memperkasakan lagi IPS. 'Wasatiyyah Kesejagatan Sastera'.

Disediakan Oleh,
Mohd Nurazwan Augustine.
Ketua Penerangan IPS, 

Comments

Popular posts from this blog

Mesyuarat Agung Ke 27 IPS Menjawab Segala Persoalan

Pameran Solo & Seminar Etos Kesenian Visual