Posts

Ziarah IPS - Ali Amat Anas

Image
Oleh: M I Fitri Pada 7 Mei 2017 telah diadakan ziarah ke rumah Ahli Kehormat IPS Ali Amat Anas setelah kepulangan beliau dari Sarawak. Ketua Satu IPS, Haji Sukor Haji Usin, Setiausaha, M I Fitri dan En Jasni Yakub bersama-sama menziarah beliau. Alhamdulillah kesihatan beliau semakin baik dan meneruskan rawatan di hospital Queen pada hari Isnin 8 Mei 2017. Kami sempat merkamkan video pengalaman seni beliau yang juga merupakan salah seorang ahlu Skuad 69. Klik sini untuk melihat Menurut Ketua Satu lagi ziarah ini akan diteruskan ke rumah Tn. Muhammad Haji Salleh (Mat Conggo), Tn Laliman Ahmad, Babu Dg Salmah dan Datuk Hj Janathan Kandok. IPS sentiasa mendoakan kesihatan Abg Ali Amat Anas bertambah pulih.